, ,     |      |  

Tips Melukis Kartun


Yerp..Aku start melukis ketika aku berumur sekitar 10 tahun.Masa tuh aku kemaruk tengok cerita anime.Pada masa tulah cerita anime ni mula melebarkan sayapnya ke kepala hotak aku!Aku mula melukis


orang lidi pada masa tu jugak.Tapi lama kelamaan aku rase boring sangat ngan orang lidi.So aku start melukis Real People tapi stail anime..Aku tiru segala lukisan manga untuk mempertajamkan lagi skil aku.

Kat sini  aku nak bagi Tips sikit tentang melukis Kartun /manga/anime dengan Mudah.Boleh dipraktikkan pada semua peringkat umur..Tak kira anda Atok,menantu,hantu,laki pompuan semua boleh praktikkan tips nih!

1st Tips
Takde pengalaman melukis?

Jangan risau.Aku mula melukis umur 10 tahun.Aku lukis anime/manga dengan meniru semua stail/pergerakkan/gaya/bentuk badan dan segala aspek.Nak lagi senang korang tiru jer sebiji anime/manga tuh.Gerenti dapat rentak.Jangan takut..Usaha tangga kejayaan.Walaupun anda meniru..Well "who cares lol."

2nd Tips
Pemilihan Subjek.

Maksud aku kat sini apa subjek yang korang nak lukis?Korang nak lukis lelaki ke pompuan?Kalau aku.Aku prefer dulu lukis watak lelaki pasal senang sikit dari watak perempuan.Tak semestinya lukisan watak laki tu cantik..Tak kisahlah..Kalau nak lukis lelaki,amik contoh watak dari anime/manga yang senang untuk dilukis.Jangan amik yang hardcore punya.Mahu tak pengsan

3rd Tips
Penggunaan Medium

Aaaha...Ini penting.Korang nak guna apa?Pensel,pen biasa,pen lukisan,waterkaler?Kalau yang baru nak start lukis prefer pensel la bagus..Suggestion aku korang guna pensel yang tak terang seperti pensel 4b.Bloeh juga guna pensel 3b tapi jangan tekan kuat sangat nanti susah nak padam.

Kalau guna pen biasa..Medium ni untuk lukisan tak serius.Maksud aku..Saje-saje kita conteng..Conteng Buku teks,kertas..Aku biasa guna pen untuk wat contengan.Kalau ada silap dalam proses aku cover sikit ngan Inking haha.Biasa aku guna jenis dakwat kering 0.5.Dan dakwat tu mesti pekat.Mata pen pulak kalau kita lukis kat atas kertas mestilah kesat.

Kalau guna pen lukisan..Medium ni untuk orang yang serius sikit.Ye la..Kalo korang nak wat komik pastu sebarkan kat kawan2..Hantar kat majalah komik tempatan..Pakai nilah..Lawa dan kemas.Tapi bajet kena banyak.Kena beli pen lukisan dengan kehalusan mata pen 0.2,0.3,0.4,0.5,0.6,0.7.Semua ni ada kegunaan tertentu!Lagi satu kena beli marker pen (high quality) untuk inking.

4th Tips
Kesesuaian

Korang nak wat komik atau hanya lukisan.Kalau wat komik kena ada template komik.Boleh download dari internet ataupun buat sendiri (DIY).Biase pelukis pro buat sendiri.Kalau lukisan amik white paper lagi bagus.Tapi bagi aku kertas buruk pun boleh asalkan ada ruang melukis

5th Tips
Tatasusila

Jangan melukis kartun/manga hanya untuk mengutuk/mencaci/hina/dan sewaktu dengannya.Tak baik lol!

6th
Jangan Putus asa.

Ni part yang penting.Korang jangan putus asa untuk melukis.Kalau ada masa lapang,apa kate korang sharping skill korang.Lukis kepala orang pun jadi lah!Usaha tangga kejayaan!

7th
Latih tubi

Macam belajar juga.Latihan memantapkan korang untuk berjaya dalam melukis artwork korang.Tanpa latihan korang kurang perhatian.Tapi janganlah buat latihan melukis sampai mengganggu prestasi korang.Melukis pada masa lapang.Tak cukup tu buat rujukan kat internet,buku,dvd cover anime pun aku sebat.Haha jangan gelak pulak.Camtu lah aku lukis.

8th
Enjoy!

jangan stress ketika melukis lol.Biar orang lain pandang lukisan ko buruk.Biarkan..Belakang parang kalau diasah lagikan tajam.Ini pulak korang.Anggap artwork korang sebagai yang terbaik.Jangan membanggakan diri pulak!Diam-diam ubi itu berisi..Jadilah cam ubi..hehe